CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 8, 2011

after a looooonggg silence..

saje je nak taip perkataan 'long' tu panjang sikit. hehe. nak menunjukkan memang dah lama la tak update blog. last entry was on march 17th 2010, while today dah pun dec 8th 2011. kira dah setahun lebih la.. tapi tak kisah la kan? aku bukan lisa surihani pun orang nak ambik tau kisah aku. haha!

well, changes after changes aku rasa selama tak berblogging ni. and one of the biggest changes i had wassss..... I'M MARRIED now! auwww malu i.. hehe. ;) alhamdulillah hingga ke hari ni, aku sudah pun selamat menjadi isteri kepada suamiku, azrin bin maharani. dan 17 september 2011 adalah tarikh keramat itu.. :D

macam pelik, masa entry terakhir aku dalam blog ni aku masih single-mingle lagi. memang tak nampak bayang-bayang rupa bakal suamiku macam mana. tapi kini sudah berdua. hehe.. itulah kuasa Tuhan. Dia lebih mengetahui.. (bukan aku kena tangkap basah tau. hehehe..)

i'll upload just one pic for this time, for teaser. blueksss! ;) maybe next time aku akan story kot love story kami berdua. korang taknak baca pun takpe. ini utk kenangan den dan tatapan anak-anak cucu den. (biar muntah hijau diorang baca. wakakaaka!)

Wednesday, March 17, 2010

birthday updates


pejam celik pejam celik dah masuk tengah bulan Mac. pejam celik pejam celik gak, aku dah berumur 26 tahun tanggal (tanggal ok..) 14 Mac lalu. pheuwww... 26!! it's a really BIG number for me! serious shit! tahun ini agak berdebar-debar untuk menyambut birthday - aku tak tau kenapa? it seems i had butterflies in my stomach! baru nak sedar diri umur dah melebihi suku abad.. baru sedar diri dah tua - tapi masih tak mau mengaku tua sebab jiwa perasan muda! wahahaha.. *manusia*

thanks for all the birthday wishes i got via SMSes, Facebook, etc.. dengan ini, saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI JADI" kepada diri saya sendiri.. sedarlah akan ketuaan diri anda itu, wahai Suhaila! hohoho..

emmm, banyak update sempena birthday! agak excited sambut birthday tahun ni.. yippieee!! (^^,)


:: NAD'S TREAT ::

saya telah dibelanja makan 2 hari lebih awal oleh Nadirah Rahmat - my BFF. sangat terharu pabila Cik Nad sanggup balik JB untuk membelanja aku makan dan juga karok (eh sebenarnya tujuan asal dia balik nak pergi majlis kahwin). lokasi di ZZ Sup Tulang - dipilih sebab Nad nak flashback memory zaman percintaannya dengan Mr. *** (wahaha terbocor pulak rahsia beliau di sini) unfortunately aku tidak dapat menge'pow' kek Secret Recipe dari Nad.. takpe la, i don't mind at all.. tahun depan insyaAllah aku masukkan dalam list ye Nadirah. :)

owh gambar kat ZZ takde tapi gambar time karok haruslah ada! dua-dua kaki karok.. nyanyi sampai hilang suara! weeeee.. =)


pic saya separuh je! hee.. boleh la dari takde..


:: KAK LILY'S TREAT ::

kakak sulung saya telah bermurah hati untuk membelanja pizza a night before my birthday. kami makan without our parents yang menghadiri majlis pertunangan seorang anak saudara. (sob!sob!) thanks a lot, sis! luv u so much... *tak pernah aku bagitahu terang-terang depan dia. malu! wahahaha*


areesya is not in the good mood..


this budak kecik is always in a good mood when it comes to MAKAN!


ini pun same je ngan budak kecik di atas


:: BIRTHDAY CAKE ::

dah tua-tua tapi masih lagi mahu kek harijadi.. *perasan sungguh Suhaila*. untuk pengetahuan, mak bapak aku memang tak amalkan sambut birthday - makan beramai-ramai satu family sudeyyy! kek memang ada tapi no candles allowed! tak elok weh! tapi i tak kesah... janji kena ambik gambar bersama kek! hahaha..




:: PAGAR SUDAH HILANG ::

pagi-pagi hari lagi sudah terpacak di Klinik Pergigian Irma Ariandi . walhal Ahad adalah hari paling malas untuk aku bangun pagi. tapi semangat punya pasal coz nak buka braces! haha.. no more PAGAR ok! serious happy dengan penampilan baru.. senyum pun nampak gigi sokmo! hahaha..


tersengih riang! :D


:: ADRENALIN ::

i bought myself a CD by Faizal Tahir - ADRENALIN. wooo.. sangat gembira dengan CD tersebut! sungguh aku berangan Faizal Tahir akan sign CD itu - konon as a perfect birthday present for me la.. emm, agak-agaknya Faizal Tahir baca tak blog aku ni? hahaha.. *kau boleh dapat tapi dalam mimpi kau sajalah Sheila T_T*


semangat bergambar ngan CD ni.. hahaha


:: WEDDING AKMAL & MILA ::

Akmal was one of my classmates when i'm in Form 1 (SMKBBU). i had only a year in that school, then dihalau dengan hormatnya ke SMK Kempas (a new school near my house). kami tak rapat sangat pun masa sekelas dulu, tapi Facebook made us meet again! pergi ke majlis Akmal bermakna berjumpa semula dengan rakan-rakan lama - such as Awie, Fairuz, Hidayat (eh, apsal nama budak lelaki je nih?) sungguh aku rindu zaman persekolahan di SMKBBU - walaupun macam banyak je kenangan pahit dari manis di situ.. such as gaduh besar dengan Hidayat. dulu aku sangat tomboy okay? hehehe malu betullah! :")




:: WEDDING HALINA & SAMSUL ::

Halina pulak was my ex-classmate in primary school - SRK Larkin 2. serious dah bertahun tak jumpa dia. last time we met when we're 12 years old. dan sekarang masing2 sudah 26 tahun - means 14 tahun lah tak berjumpa! OMG! however, Puan Halina still maintain macam dulu. comel lote..



:: NEW BOYFRIEND ::

hoho.. ini update paling mengancam (konon!).. saya sudah dapat BOYFRIEND baru!! boyfriend saya handsome banget, boyfriend saya adalah cinta hati saya ketika ini (and hopefully forever la kan?) boyfriend saya shared the same birthday with me! boyfriend saya tough macam Taylor Lautner dalam New Moon (ok ini tipu.. jangan sesekali anda percaya!) boyfriend saya berwarna kelabu tahi itik (eh??)...

ini gambar BOYFRIEND baru saya...



hahaha... 'DIA' ni je yang nakkan saya. orang lain taknak saya lah! :(

tahun ni, memang tak dapat hadiah pun dari sesiapa (pity me right?? sob!sob!) tapi menyedari diri sudah agak tua, memang patutlah takde orang nak bagi hadiah kan? tapi sendiri bagi hadiah untuk diri sendiri pun boleh lah kan dari takde? *pujuk hati sendiri*

pesanan dari abang iparku, Abang Mizi - "birthday bergigi baru, kereta baru.. mmm, dah patut 'cari' dah!"

huhu.. terkedu aku! =.="

Friday, March 12, 2010

i'm tough.. mcm hulk hogan!

haha.. aku memang bukan blogger tegar. menulis blog di kala rasa boring menjengah hati je.. kalau tak boring mula la dibiarkan blog ini bersawang. habis madu sepah dibuang btoi! adoiyai...

masa juga tak mengizinkan aku berblogging. ish, saya sangat busy ok ngan keje. sangat busy sampai kan misi mencari suami pun asyik tergendala.. hahaha!

banyak sangat benda terjadi pada diri aku lately - kegumbiraan dan juga kesedihan. mostly kesedihan la.. tapi semuanya kulalui dgn tabah! chewahh... yelah, tak tabah takde la aku boleh update blog hari ni kan? tah2 maunya aku dah bunuh diri.. *wah bunyi macam kronik gila hidup kau!

ok2, tabah! life demands u to be tough!


bersabar + bersyukurlah dgn segala dugaan yg diberikan Allah kepadamu. dgn dugaan ini bererti Allah sayang padamu.. agar kamu sentiasa bermuhasabah & memperbaiki diri, mengingatkan kita yg hidup tidak semestinya sentiasa mendongak ke langit. juga bermakna kamu tidak akan lalai dari memperingati-Nya. BERSABAR & BERSYUKURLAH!
-suhaila hussin-


live life to the fullest! @ starhill ngan anep & satip..


Friday, February 5, 2010

surat rahsia dari syaitan

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,munafik, makan sekenyang-kenyangnya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua.

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.



Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun..

pamili dayyyyy!!



family day bagi pakatan geo services & perunding georeka (opis saya lerr..) huhu berkurun tu nak tunggu family day ni, asyik postpone je. kami ke desaru.. dekat je lokasi untuk memastikan tak penat sangat & kurang la staf ambil mc on the next day naik keje.. haha bijak
bos saye!

ok saya jarang bercerita tentang officemates saya - staff2 di sini terbahagi kepada 3 kelompok. 30 years and above, middle 20an dan juga budak2 belasan tahun (di mana mereka terus bekerja once mereka habis spm). so saya ni kelompok yang tengah2 la, saya tak ramai geng pun. yang lebih kurang baya saya pun dah kahwin, that's why la saya tak banyak sangat story mory pasal rakan sekerja.. takde geng sekepala lorr.. huhu pity me! tapi nasib baik la saya jenis yang mudah bergaul dengan pelbagai lapisan usia.. it's not a big deal to me. haha.. poyo je! ^^

games ketika family day! paling tak boleh blah - netball & tarik tali (for girls). bola pantai, volleyball & tarik tali for the boys. weee.. saya main netball la, macam tak caye kan? padahal time high school dulu langsung saya tak pandang sebelah mata games ni. hahaha.. nak tarik diri tak boleh coz dilantik jadi ketua kumpulan (adeh!!) n diri pun rendang saje so how come nak shoot bola? join aje la.. last2 dapat gak score 1 goal.. ehem2, ni yang nak bangga diri ni. team saya menang 1st prize utk netball tapi tersungkur habiss time tarik tali (last place - ahli2 sume cikeding! hehe..)

malam2 main games minda pulak. disebabkan acara habis awal, saya diajak 4-5 orang rakan2 lain (laki2 orang n bini2 orang) pergi karaoke. esoknya mandi kolam.. pantai desaru tak best sangat so it was rejected dari mula lagi. nasib baik, kalau tak sunburn la saya. hehehe..

meh layan pic meh.. actually saya dah takde idea nak story ape.. :)













Friday, January 15, 2010

kasut budak umur 7 tahun


anak sulung abang aku yang sorang ni - azri memang agak luar biasa tumbesarannya. badan dia agak besar, tinggi yang tidak sesuai dengan umurnya yang baru 7 tahun. hari tu duk sibuk la kan cari kasut baru, baju baru, beg baru.. yelah, budak baru nak masuk sekolah la katakan... excited kemain!

ok meh kita tengok kasut sekolah dia..


mmmm, ape yang peliknya? tak pelik sangat pun gambar di atas, hanya gambar KAKI KAKAK AKU YANG BERUMUR 35 TAHUN MEMAKAI KASUT BUDAK SEKOLAH BERUMUR 7 TAHUN! nak gelak guling2 rasanya aku! muahahaha..

*ok, korang kena abaikan kaki kakak aku tu. sungguh memalukan!*

thank God si azri ni tak menangis on the 1st day at school. sungguhpun badan dia besar, jiwanya amat sensitif. aku sangat risau dia akan dibuli di sekolah. huhu~

Tuesday, January 12, 2010

contest baru pulak!!


okeh.. since this is the first time i join blog contest, so i hope i got the luck to win the prize! hahaha.. kali ni contest dianjurkan oleh kameraXburuk.




for more information, u can click



and let's see gambar yang ingin aku pertaruhkan..
hohoho~

gambar yang agak hipokrit! tanpa kesan parut. hahaha..
inchek kameraxburuk, sile pilih saya!!!! ^^


i need to tag other person rite? ok let's see other people yang sememangnya suka masuk contest..

2) saba


tarikh tutup penyertaan : end of january 2010.


Monday, January 11, 2010

kursus kahwin


kawan2 aku sibuk ajak aku attend kursus kahwin, tapi aku macam nak tak nak je nak join.. alasan aku : malas, segan (nanti orang kata aku dah nak kahwin pulak) + TAK READY!

ni semua sebab diorang 2 orang ni la - adeq & mali. sibuk nak kahwin mei ni, habis diajaknya aku, hazry, abang & kudik (antara yang belum kahwin + belum pergi kursus kahwin) join same... isshh, tak readynya aku. dah la 2 hari berturut2, wikend plak tu. aku kan kerja sabtu. pulak tu nak pergi bulan feb (banyak giler program aku bulan ni).. nampaknya terpaksa la cuti.. yg budak2 lelaki macam hazry, abang & kudik ni pulak memang saje nak aku ikut. (bab2 mengenakan aku memang diorang terror.. menci!!!)

owh aku bajet nak pergi ngan bakal husband (ekekeke) tapi ramai kawan2 aku cakap best pergi ngan kawan2. leh gelak2 bersama2... owh itukah motif nak pergi kursus kahwin? nak gelak2 bersama? bole? (tiru ayat feela skeeettt...) ke nak tiru pasangan kat bawah ni.
muahahaha..


giler gelak beso ko mawi. ikin pun gelak tak hingat! mulut masuk lalat baru tau..


aku tak dapat bayangkan saat2 aku nak cakap kat mak aku.. "ibu, sheila nak pergi kursus kahwin wikend ni.." mesti dia bajet aku dah nak kahwin kan?? hahahaha... adoii doii doii..

keputusan yang tak dijangka


ok2, everybody's talking about AJL so aku pun nak cerita jugak la. berkobar2 nak tengok live tapi unfortunately just tengok live di tv saje disebabkan lokasi aku yang berada di JB and esoknya pulak nak keje.. huhu~ AJL kali ni best.. performance masing2 semuanya superb, mantap + fresh! semuanya artis muda2 belaka kan, idea pun banyak la yang best! hosnya pun aku suka, cheryl-FBI-ally memang sempoi. tapi kesian kat ally asyik kena buli je dengan FBI. nakal tuh FBI :)


result semua dah tau kan.. obviously semua orang kata Aizat menang padahal komposer + penulis lirik (yang penat2 gubah lagu jadi sedap) tak disebut pun sebagai pemenang. kalau aku jadi komposer mau tacing.. sob!sob! nasib kamu la komposer.. hahaha! ok, aku nak bagitau jugak la resultnya..



TEMPAT PERTAMA : PERGI

aku tak bajet lagu ni boleh menang. walaupun memang suka lagu ni, tapi aku tak rasa pun lagu ni best gila kot sampai boleh menang. tekaan aku situasi nyanyian bunkface or bencinta nyanyian FT boleh menang tapi nyata tersasar. orang kata lagu ni menang sebab juri adalah kroni kot.. haha tapi takpe la, dah rezeki diorang, korang senyap2 sudey...

TEMPAT KEDUA : DAN SEBENARNYA

malam tu rezeki untuk lagu2 yang sesuai untuk dibawa tidur (aka lullaby bak kata omputih) kot. ok la tu, aku boleh terima. but next year jangan la pertaruhkan lagu cinta sempurna wahai yuna.. tah kenapa sampai sekarang aku tak boleh terima lagu tu. tak sedap! hahaha, i'm sorry yuna~

TEMPAT KETIGA : BENCINTA

quite frustrated coz bencinta hanya dapat tempat ke3, tapi boleh la dari takde kan FT? apapun, semangat juang FT memang superb! aku tau semua orang risau dia pengsan, and of coz TV3 has prepared ambulance in case pape jadi pada dia. huhu.. overall, persembahan dia still bertenaga seperti biasa.


congrats to all winners.. and congrats to me coz berjaya me'review' AJL ni disebabkan kebosanan ketika bekerja.. (tengah takde kerja la, bukan ngular...) hehe~

Wednesday, January 6, 2010

mabuk nestle


hari tu pegi plaza angsana membeli-belah.. eh, bukan membeli-belah cuma nak beli kasut je sepasang. slipper yang sedia ada dah agak rabak, tak comel untuk dipakai. awal2 mind set dalam kepala.. nak beli kasut.. nak beli kasut...

lepas beli kasut terus cepat2 kuar dari angsana.. tiba2 lalu booth nestle (it is located near the entrance door so wajib la lalu). ade promotion perisa baru untuk nestle bliss (botol besar tak ingat berapa ml). 4 botol = RM10. uihh.. memang susah nak jumpe nih! malas aku nak beli yang
botol2 kecik tu coz anak2 sedara semua balik kampung. so aku beli ler 4 botol besar. dah nak kuar tu, aku patah balik ke booth tu. kesudahannya..

heee.. berjaya membeli 8 botol bliss akhirnya!!


so dalam minggu tu, memang minum nestle bliss je la kejenye. perisa limau nipis + timun. korang agak2 sedap ke? akak aku memang tak boleh terima rasa dia, tapi aku layankan je (8 botol tu, takkan tak nak minum??) sedap wehh.. yang penting lepas minum tu senang sikit rase nak membuang. patut la dia tulis kt botol tu 0% fat yek.. lepas minum je nak membuang, memang jadi negatif la fat aku dibuatnya!! hehehe~

Blog Widget by LinkWithin